
17/3/2011 - Sekolah Rendah Panchong telah mengadakan Sukan Ria sempena hari terakhir persekolahan bagi penggal pertama. Bermacam-macam permainan yang disediakan oleh guru-guru. Sukan Ria tersebut dimulakan dengan senam aerobik beramai-ramai. Setiap kelas mempunyai permainan yang berbeza-beza, mata juga dikumpul untuk rumah masing-masing.
