
14/2/2011 - Majlis yang diselaraskan ini di seluruh negara diadakan pada hari Isnin, 14hb Februari 2011. Majlis bermula dengan menaikkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan. Selepas itu, Tetamu Terhormat majlis, Cikgu Ukoi Bin Anam, Guru Besar Sekolah Rendah Panchong mengagihkan bendera kecil kepada setiap ketua-ketua darjah dan juga guru-guru. Kemudian Tetamu Terhormat memberi sedikit ucapan untuk memberi kefahaman kepada murid-murid supaya menghormati dan menjaga bendera negara yang menjadi lambang Keagungan bangsa dan Kedaulatan negara.
